BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 14, 2009

kuasa warna

Psikologi warna 

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karakter atau sifat ayng berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru kebelakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya. 

MERAH 


Merah: 

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian. 

1.Merah Terang : 

Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, jantan. 

2.Merah Jambu : 


Warna ini melambangkan romantisme, feminin. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, kemas dan jenaka. 

BIRU.


Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme. 

1.Biru Tua : 


Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan. 

2.Biru Muda : 


Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap. 

KUNING .


Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi. 

1.Kuning Terang : 


Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, dermawan, tidak percaya. 

HIJAU .


Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih dominan dari orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain. 

KELABU & HITAM .


1. KELABU: 


Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral. 

2.HITAM : 


Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan. 

COKLAT & UNGU .


1.COKLAT : 

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan. 

2.UNGU : 

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotik atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Pesanan Abadi

Hadith 
Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: ”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”

(Hadith Riwayat Muslim) 

Huraian Hadith 
1. Orang yang bertanggungjawab akan memastikan dia mengetahui dimana orang yang dibawah jagaannya berada, terutamanya diwaktu-waktu penting. 
2. Waktu senja ialah waktu untuk bersiap untuk solat Maghrib yang pendek waktunya. Jika kita tidak bersiap awal, ada kemungkinan yang kita akan tergopoh-gapah mengerjakan solat Maghrib dihujung waktu dan memudahkan syaitan untuk mengganggu solat. 
3. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati terhadap gangguan syaitan, terutamanya pada waktu senja, iaitu waktu mereka keluar berkeliaran. 
4. Untuk hidup aman di dunia dan akhirat, adalah perlu kita mengikut petunjuk dari Rasulullah SAW.