BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Pilih Memilih



Membuat PILIHAN..kelihatannya seakan mudah..namun hakikatnya itu payah..apabila PILIHAN dibuat..adakalanya ia disesali. bahkan selalunya diragui..apakah betul PILIHAN aku ini? getus hati..

Hakikat memilih hanya ada DUA..walaupun mungkin lebih..tetap antara DUA. Itu pasti. tapi mengapa DUA? ianya mudah.. selalunya, apabila mahu membuat sesuatu pilihan, sebolehnya kita akan pendekkan menjadi DUA..maka itulah pilihan..antara DUA bukan?

baiklah, maka ada yang akan mempersoalkan 'teori' mudah ini..makanya perlukan sedikit penerangan..diberi contoh, antaranya ;

1) soalan peperiksaan selalunya akan ada 4 pilihan jawapan..A, B, C, D..haa..kan bkn lagi dua, bahkan 4..
- penerangan , betul hujah pihak 'pendakwaan' ada 4 pada pemerhatiannya.. namun bukankah hakikatnya tetap saja 2..antara BETUL dan TIDAK BETUL..bukankah begitu? antara keEMPAT pilihan jawapan itu hanya ada jawapan yang BETUL dan TIDAK BETUL..bukankah hanya antara 2 sahaja?

2) 'saya tengah memilih antara 3 nh..keTIGAnya baik dan cukup menyenangkan..saya buntu ni, mana SATU yang harus saya pilih?'.
-mungkin pihak 'pendakwaan' akan berhujah dengan hujah2 sebegini..jelas pilihan bukan antara 2 bahkan mungkin sahaja 3 atau lebih..baiklah..pihak 'Pendakwaan' mungkin betul tp harus diingat, -Yang Betul Tak Semestinya Benar- makanya pihak 'Pembelaan' memberi hujah, 'antara keTIGAnya itu, pasti ada yang TERPILIH dan yang TIDAK TERPILIH, bukankah antara DUA juga? TERPILIH dan TIDAK TERPILIH? bukankah begitu?

hee..cukuplah sekadar muqadimah akan cerita diatas..bukannya apa..hidup ialah membuat pilihan..tiada sebarang perbuatan yang xperlukan kepada pilihan..bahkan semuanya perlu memilih..amal ibadah, amal seharian ataupun pendek kata..semuanya perlu memilih.. ambil solat contohnya , antara bersolat pada awal waktu atau bertangguh, antara solat di masjid atau di rumah, tapi diharapnya bukan memilih antara bersolat ataupun tidak..masih juga dalam lingkungan pilihan..dan sebagai mu'min, hapuskan sahaja pilihan terakhir itu..bukankah begitu?

sahabat sekalian, ingatlah hanya ada satu pilihan bagi kita, pilihan yang tepat bagi kita, pilihan yang terbaik, pilihan yang terpilih, maka ambillah 'ia' sesungguhnya, ketahuilah ianya itu yang paling tepat dan bersesuaian..dan sesungguhnya, ke SYURGA maupun NERAKA adalah PILIHAN kita..kita diberi peluang untuk memilih..maka yang manakah akan kita PILIH?

Tuesday, January 19, 2010

our life, my life..


sometimes we got something we didn't expected..

sometimes we lose something we really loved..

sometimes we try our best but we've got a poor one..

sometimes we're hopeless but the lucky is in our side..

life means to suffer..

when someone happy..we're meant to be sad..

when someone sick..we're glad to be health..

when someone hungry..we're already full..

when someone win..we'll realize that we're the loser..

life is not for everything..

n everything is not for life..

there's something juz for our life..

n the rest is for our hereafter life..

n we've to keep it balance..

so we can have nothing to regret..

then..

try to live our life to the fullest..

without have to worry for others..

without making any nonsense thinking..

without being the one on the other ways..

juz looking for real path..

so you'll know yourself better..

becoz nobody are welcome to tell what we should to be..

but we, ourself decided what we want to be..

Monday, January 18, 2010

kaseh = sebok


Kasih = Sibuk

Lama benar rasanya tidak menulis disini, mahu dikata sibuk.. sibuk dengan hal-hal sendiri adalah..

Benarkah kasih itu sibuk? Atau sibuk itu adalah tanda kasih? Ya..sukar untuk memikirkan kaitan antara keduanya..

Baiklah..menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, kasih membawa maksud ‘perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta’..

hmm..memang maklum , bahawasanya kasih nh ialah suatu perasaan yang menyenangkan, mendorong kepada sesuatu yang bahagia. Pendek kata, betapa perasaan kasih ini begitu dekat dengan kehidupan kita sebagai seorang insan. Membuat perasaan bagai dihanyut waima apapun terjadi..ianya menyempurnakan kehidupan ini.

Manakala sibuk pula , menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, membawa erti ‘banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu)’,

Nah , dimanakah perkaitan antara kasih dan sibuk ? hmm..sekali imbas..tiada keserataan maupun persamaan antara keduanya..tetapi, jika ditinjau dari segi kesan atau perbuatan yang menghubungkan keduanya, jelas akan kelihatan betapa keduanya berhubung antara satu sama lain..tapi bagaimana?

Begini rakan sekalian.. apabila seseorang itu begitu mengasihi sesuatu atau seseorang yang lain..apakah yang akan dilakukan olehnya? Bukankah dia akan asyik mencari perkara yang disukai dan perkara yang tidak disukai oleh seseorang itu? Bukankah itu sibuk namanya..?

Baiklah, contoh yang lebih mudah.. ‘bapa itu sibuk dengan anaknya’ bukankah membawa juga maksud ‘bapa itu kasihkan anaknya’ ataupun ‘ remy sibuk mencari harta’ bermaksud ‘remy kasihkan harta’ atau juga ‘ali kasihkan agama’ bermaksud juga ‘ali sibuk dengan hal agama’ bukankah begitu?

Oke..cukuplah sampai disini , sedikit perkongsian..ketemu lagi yuk..^^,v