BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 20, 2010

suka dan duka




'sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' umh..terfikir sejenak dan sedalam mungkin aku memahami, betapa sesal ini tiada guna..tapi apa betul tiada guna? tidak sama sekali..pasti ada sesuatu yang namanya hikmah..tapi..tak ramai yang tahu bahawa hikmah ini adalah hak eksklusif..dan bukan semua orang boleh mendapatkannya..jadi? apakah ia sebenarnya?

emh..aku terkenangkan sesuatu yang sangat hiba dan perasaan ketidakpuasan itu datang dan menyerang..kiranya bukanlah aku ini malang cuma aku sendiri tidak cukup matang membuat keputusan..ya pasti..ku akui bahawa aku tidak cukup matang apabila membuat keputusan itu..aku sukakan ia tetapi rasa hormatku melebihi keinginanku..rupa-rupanya.. neraca pertimbangan yang aku sukat itu tersilap..seharusnya aku mendampingi bukannya melarikan diri..yaa..kesilapan dari satu keputusan yang tidak tepat..mungkin betul tapi aku merasa ianya kurang tepat..

dan, jikapun aku kembali semula pada keputusan yang telah ku ambil itu, maka ianya tidak akan sama seperti sebelumnya, pasti tidak akan sama..ternyata kebuntuan itu meresahkan..dan semula setelah penelitian yang mendalam..aku harus terus kedepan..melihat dan melangkah..apapun terjadi..ianya telahpun terjadi..maka perasaan sesal itu akan ku jadikan pemangkin untuk lebih kehadapan walaupun aku ini kerugian..sangat-sangat kerugian..kerugian yang merugikan..itulah takdirku..dan aku akan cuba mendekati ia dengan cara yang aku mampu..walaupun keadaan tidak akan sama lagi tapi sekurang-kurangnya..peluang itu masih ada..mungkin itu sahaja yang termampu..

betapa ruginya aku bila peluang bersahabat dengan guru-guruku, tidak aku ambil..
betapa ruginya bila aku menolak tawaran yang boleh mendekatkan aku dengan mereka..
betapa menyesalnya aku bila memberi alasan yang kebudak-budakkan sebagai lesen untuk itu..
betapa menyesalnya bila aku memikirkan ia semula..
betapa aku sangat menyesal, memikirkan keduniaan yang menolak aku..

namun sekurangnya, kesedaran mula berdetik, aku tahu, ini adalah pemulaannya..aku harus bergerak..bersama cita dan doa..mungkin ini ada sebabnya..itu bukan untukku sebab bagiku adalah ini..rahsia Ilahi siapa yang tahu? rahsia diri celanya beribu..wallahua'alam

Thursday, February 11, 2010

cinta oh cinta



cinta..cinta hanya ada satu..dan apabila terpecah cinta itu..maka tersepitlah manusia..kiranya cinta kepada tuhanmu..maka cintamu itu adalah yang teragung..jika kamu cintakan seseorang itu..kerna dia itu adalah amanah allah padamu..maka cintamu itu cinta yang sempurna..jika kamu mencintai kenderaan dan harta barangmu..dan asas kamu bebuat demikian adalah kerna untuk mencapai redha Allah..maka benarlah cintamu..kerna itu cinta hanya satu..jika terpecah cinta itu..maka awas..bencana menimpa..jangan melihat bencana hanya dari kerosakan fizikal sahaja..tapi kebinasaan rohani adalah lebih buruk dan teruk..bagaimana jika dibandingkan seorang jelitawan berakhlak seperti kera dengan seorang miskin(semestinya serba kekurangan dari segi penampilan dan penggayaan) tetapi berbudi bahasa? apa pandangan anda tentang perkara ini?

jelaslah bahawa, apabila sesorang diuji dengan apa yang dimiliki adalah lebih berat daripada orang yang diuji dengan bukan kemilikannya..mungkin sukar difahami..tetapi boleh saja jika diteliti dengan baik..perkiraan ini tentu lebih mudah sebenarnya..namun apa yang penting..bukankah keadilan berdiri disini? si jelita diuji dengan kejelitaannya, si miskin dengan kemiskinannya, si kaya dengan kekayaannya, si alim dengan keilmuanya, dan seumpamanya..maka jelaslah setiap kelebihan itu tetap sahaja tidak terlepas dari diuji bahkan lebih berat dari ujian keatas kekurangan yang ada..

bersyukur adalah ubat..ubat hati dan jiwa..penenang ketika gundah gulana..bukankah dengan bersyukur, memperlihatkan keredhaan seorang hamba? kerelaan menerima ujian..kesudiaan orang bertakwa..dunia ini pinjaman semata-mata..hakikat yang kebanyakkan manusia tak mahu menerima..terlupa ajal meniti diatas kepala..maut bermain didepan mata..kesenangan sementara diharap kekal selamanya..sedangkan bekalan yang kekal itu dibuang merata..seolah nilainya tiada harga..bukankah manusia itu mudah lupa..

Tuesday, February 9, 2010

Pergilah Kau Pergi


kau datang kembali? setelah lamaku berdiam diri..aku tidak membencimu bahkan tak akan pernah ku terlintas utk berbuat sedemikian..tp sengaja kau datang menguji..meluah ketidakpuasan hati..bukankah itu cerita lama? kenapa kau masih memperduli kisah yg bertahun itu? bahkan bukannya aku yang kau peduli..kau pergi..apakah kini dirimu kembali? mengetuk kembali pintu ini? ketahuilah..bukan ku mengunci pintu itu ataupun menutup ia buatmu..akan tetapi..pintu itu telah roboh sekian lama..tak pernah ku fikir utk memperbaiki..maaf..hanya itu pintaku..pergilah kau pergi..pergi dan jangan menoleh lagi..kecewaku bukan disini..kekecewaanku hanya pada apa yang berlaku..namun tetap aku bersyukur berkenal denganmu..syukur jua jadi begini..kita mungkin serupa..tp sungguh dunia kita berbeda..lagipun..aku bukan lagi orang yang pernah kau kenal dahulu..bahkan tiada apa pernah berlaku antara kita..hubungan perasaan maupun jiwa..bukankah begitu?..asalnya kau tahu..bahawasanya..aku tetap aku..