BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 24, 2009

2012- part 2


Owh..lama la pulak tinggal..oke2..la nh..pasal 2012 part 2..

Oke..a..perlu diakui kalau2 aku nh mmg ‘kritikal’ atau ‘skeptik’ terhadap apa yang cuba ditonjolkan dalam filem ni.. ada la 2-3 perkara yang aku tak berkenan..oleh itu..jom kita korek..apa yang wat aku kurang berkenan dalam beberapa ‘scene’..

1- bila bencana makin hampir.. presiden US, dengan penuh berhemah dan budimannya, tidak mengikuti apa yang dirancangkan dan disediakan untuknya… *ceh..gimik siot..konon2..presiden US paling baik hati dan paling berjiwa murni..

2- PM Italy pun x ikut skali..humhh..terpikir lak aku..o0o0.. satu g dakyah halus diorang..baru t’ingat ..Vatican city kt sana..huh..nk gtau yg geng kristian amat kuat ‘lman’ n percaya dengan keajaiban berdoa..ceh.

3- Diorang nak bagitau kita la..sains dan teknologi boleh menyelamatkan manusia bila kiamat datang..umhh..mesti nak suruh manusia n ‘golongan’ sasaran terus asyik dengan kehidupan dunia..kumpul duit banyak2..dan selamatkan diri bila ancaman dikesan..naif tol la sapa2 yang boleh ikut..

Adala beberapa ‘scenes’ yang melibatkan pembunuhan beberapa orang kanan sesuatu organisasi..komplot la kiranya..mungkin itulah situasi sebenar..yang kita tak tahu..pembunuhan terancang..mungkin saja benar..kita tetap tak tahu..

Ada lagi beberapa scene yang dah xingat..haha..ralit gak a time layan movie nh..best2..leh a tgk..2 jam setengah yang agak menarik..

Oke..habis la 2012 part 2..ada satu g part..tungguu….

P/s ; macam pengkritik filem la pulak..

Wednesday, November 18, 2009

2012- part 1


2012? Filem yang agak menarik la..jalan cerita yang boleh tahan..tapi filem ni..lebih kepada CGI (computer generated imagery) atau dalam bahasa kita pengimejan berkomputer la..memang agak mengagumkan citer nh..2 jam setengah yang penuh dengan aksi..kurang drama..

Kepada sapa2 yang masih ada kad pelajar yang masih sah tempoh lakunya..baik bawa sekali..mana la tau..leh dapat potongan harga..*nyesal xbawa hari tuh..

Ckit prebiu..*bkan nak promot aa..

-hero utama dalam filem nh..seorang yang sgt bermasalah dalam hidup dia..penulis buku yang xlaku..workaholic kot..n divorced guy..hoho

-err..america life..paham2 je la eh

-orang yang sepatutnya jadi hero..xbpe top la plak..

-Family value..gud2

-nasib mesti mau baik..sebarang xcdent pn bleh terlepas..huh

-ada dwet..ada nyawa..pelik tol diorang nh..tp realitinya..cam yea je..

-China sebagai tempat dimana tenaga buruh murah..eksploitasi2

-budak-budak sebagai lesen menyelamatkan diri..umhh

Walaupun filem nh 80% mambabitkan aksi..nilai kekeluargaan masih dapat ditonjolkan..*bukan semua leh amik..

Oke la..nanti2..tulis len..xbape ada idea lak..abes la sudah..part one..tungguu...d^^,'b

p/s ; bagi kat aku sebiji kereta tuh pn xpa..haha..

Monday, November 16, 2009

bila al-ayat hanya hiasan



Terdetik di hati rasa terkilan apabila menonton sebuah rancangan TV popular . melihatkan tuan punya rumah begitu teruja menceritakan ke’megah’an dan ke’cantik’an ayat Alquran yang begitu besar di laman ruang tamu rumahnya. Baginya satu kepuasan apabila dapat mempertontonkan kepada umum akan kelebihan yang dimilikinya..

Malangnya..apabila personaliti tuan punya rumah tidak mencirikan apa yang sepatutnya..peribadinya pula agak menyalahi dari apa-apa yang difikirkan oleh penonton..mungkin..segelintir penonton..dan ianya sudah tentu dari segi penampilan dirinya melalui cara pemakaiannya, adab menjaga auratnya..jelas-jelas bertentangan dengan apa yang ingin dikongsinya..

Telah jelas sekali bahawasanya..umat manusia betul-betul berada di penghujung..dimana kalamullah yang sepatutnya dibaca dan diamalkan hanya sekadar menjadi perhiasan di dinding-dinding..sedangkan dan sepatutnya..nilai-nilai didalam al-quran perlu diambil dan diamal..supaya dapat menjadi peneman ketika ‘bersendirian’ nanti..lampu ketika ketandusan ‘cahaya’..

Semoga..dia diberi kesedaran dan petunjuk dan menjadi sebaik-baik manusia dan hamba..itulah tuntutan yang sebenarnya jika pemahaman itu dapat sampai kepadanya..huruf-huruf yang tertulis akan kekal sebagai huruf..cat yang mewarnai huruf-huruf itu pula akan pudar dan kusam..tetapi bacaan-bacaan yang diamalkannya akan kekal bersamanya..tiada pula reput maupun hancur..selama mana iman masih tetap dalam hatinya..

Wallahu Taala Asy-had wa A'alam

Monday, November 9, 2009

jiwa..hati..cinta??

yaa..sungguh lama aku xaktif mem-blog-kan diri..teralit dengan fesbuk..sungguh asyik rupanya..

emh..semalam..aku cuba menjadi seorang yang bermasalah dan mencari kawan untuk membantu..dan..seperti diduga..xde la membantu sangat pun..bahkan..kena marah lak ngn orang tuaku yg amat disayangi itu..ye la..esok harinya..mata jd ngantok sangat..tido lak pas subuh..bertuah tol aku.. :-P ..

kepada 'kawan' yg cuba membantu tu..TQ2.. emh..masalah jiwa eh?. sungguh2 menganggu fikiran..masalah cinta? itu..lagi laa..

kadang-kadang, cinta tu..boleh saja didepan mata, adakala, dibalik jalan,tapi yang selalunya..tak sedar pun yang mana satu.. itulah misterinya makhluk Allah yang namanya 'cinta' nh..yang jauh dikejar sampai tersungkur..yang dekat pula macam tak wujud..aneh-aneh..sungguh aneh..


‘Makhluk’ misteri ni memang la..kita tak kacau dia..dia lak yang kacau kita..bila kita mula kacau..kita lah yang sasau..kalau kita dikacau pun..boleh jadi sasau gak..hoho..dasyhat rupenye dia nih..sangat-sangat berpengaruh..

Semua nie atas masing-masing la juga..betol..ada yang kata.. ‘ala..mungkin ada yang lebih baik lagi menanti..’ ditambah lak.. ‘mana la tau..kot2..ada yang comel lagi ke..’ takpun ‘yang patah kan tumbuh, yang hilang berganti..’ huh..pendek kata..pelbagai la alasan dan bujukan untuk menyedapkan hati, menawarkan duka keluar dari mereka-mereka yang dekat dengan kita..

Apa pun..yang pasti..semua ini ada jalan keluarnya..Cuma cara dan bagaimana tu..terserahlah.. menunggu atau menanti..meninggalkan atau ditinggalkan..berharap dan berdoa..berusaha dan berserah.. keputusan dah pun diputuskan..merencana tugas insan.. takdir tetap ditangan tuhan..itulah rahsia dicari..menunggu masa untuk ditemui..

-Sekian dulu..nanti sambung lagi- ^^,v