BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 18, 2010

kaseh = sebok


Kasih = Sibuk

Lama benar rasanya tidak menulis disini, mahu dikata sibuk.. sibuk dengan hal-hal sendiri adalah..

Benarkah kasih itu sibuk? Atau sibuk itu adalah tanda kasih? Ya..sukar untuk memikirkan kaitan antara keduanya..

Baiklah..menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, kasih membawa maksud ‘perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta’..

hmm..memang maklum , bahawasanya kasih nh ialah suatu perasaan yang menyenangkan, mendorong kepada sesuatu yang bahagia. Pendek kata, betapa perasaan kasih ini begitu dekat dengan kehidupan kita sebagai seorang insan. Membuat perasaan bagai dihanyut waima apapun terjadi..ianya menyempurnakan kehidupan ini.

Manakala sibuk pula , menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, membawa erti ‘banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu)’,

Nah , dimanakah perkaitan antara kasih dan sibuk ? hmm..sekali imbas..tiada keserataan maupun persamaan antara keduanya..tetapi, jika ditinjau dari segi kesan atau perbuatan yang menghubungkan keduanya, jelas akan kelihatan betapa keduanya berhubung antara satu sama lain..tapi bagaimana?

Begini rakan sekalian.. apabila seseorang itu begitu mengasihi sesuatu atau seseorang yang lain..apakah yang akan dilakukan olehnya? Bukankah dia akan asyik mencari perkara yang disukai dan perkara yang tidak disukai oleh seseorang itu? Bukankah itu sibuk namanya..?

Baiklah, contoh yang lebih mudah.. ‘bapa itu sibuk dengan anaknya’ bukankah membawa juga maksud ‘bapa itu kasihkan anaknya’ ataupun ‘ remy sibuk mencari harta’ bermaksud ‘remy kasihkan harta’ atau juga ‘ali kasihkan agama’ bermaksud juga ‘ali sibuk dengan hal agama’ bukankah begitu?

Oke..cukuplah sampai disini , sedikit perkongsian..ketemu lagi yuk..^^,v

0 comments: