BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 11, 2010

cinta oh cinta



cinta..cinta hanya ada satu..dan apabila terpecah cinta itu..maka tersepitlah manusia..kiranya cinta kepada tuhanmu..maka cintamu itu adalah yang teragung..jika kamu cintakan seseorang itu..kerna dia itu adalah amanah allah padamu..maka cintamu itu cinta yang sempurna..jika kamu mencintai kenderaan dan harta barangmu..dan asas kamu bebuat demikian adalah kerna untuk mencapai redha Allah..maka benarlah cintamu..kerna itu cinta hanya satu..jika terpecah cinta itu..maka awas..bencana menimpa..jangan melihat bencana hanya dari kerosakan fizikal sahaja..tapi kebinasaan rohani adalah lebih buruk dan teruk..bagaimana jika dibandingkan seorang jelitawan berakhlak seperti kera dengan seorang miskin(semestinya serba kekurangan dari segi penampilan dan penggayaan) tetapi berbudi bahasa? apa pandangan anda tentang perkara ini?

jelaslah bahawa, apabila sesorang diuji dengan apa yang dimiliki adalah lebih berat daripada orang yang diuji dengan bukan kemilikannya..mungkin sukar difahami..tetapi boleh saja jika diteliti dengan baik..perkiraan ini tentu lebih mudah sebenarnya..namun apa yang penting..bukankah keadilan berdiri disini? si jelita diuji dengan kejelitaannya, si miskin dengan kemiskinannya, si kaya dengan kekayaannya, si alim dengan keilmuanya, dan seumpamanya..maka jelaslah setiap kelebihan itu tetap sahaja tidak terlepas dari diuji bahkan lebih berat dari ujian keatas kekurangan yang ada..

bersyukur adalah ubat..ubat hati dan jiwa..penenang ketika gundah gulana..bukankah dengan bersyukur, memperlihatkan keredhaan seorang hamba? kerelaan menerima ujian..kesudiaan orang bertakwa..dunia ini pinjaman semata-mata..hakikat yang kebanyakkan manusia tak mahu menerima..terlupa ajal meniti diatas kepala..maut bermain didepan mata..kesenangan sementara diharap kekal selamanya..sedangkan bekalan yang kekal itu dibuang merata..seolah nilainya tiada harga..bukankah manusia itu mudah lupa..

0 comments: