BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 20, 2010

suka dan duka




'sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' umh..terfikir sejenak dan sedalam mungkin aku memahami, betapa sesal ini tiada guna..tapi apa betul tiada guna? tidak sama sekali..pasti ada sesuatu yang namanya hikmah..tapi..tak ramai yang tahu bahawa hikmah ini adalah hak eksklusif..dan bukan semua orang boleh mendapatkannya..jadi? apakah ia sebenarnya?

emh..aku terkenangkan sesuatu yang sangat hiba dan perasaan ketidakpuasan itu datang dan menyerang..kiranya bukanlah aku ini malang cuma aku sendiri tidak cukup matang membuat keputusan..ya pasti..ku akui bahawa aku tidak cukup matang apabila membuat keputusan itu..aku sukakan ia tetapi rasa hormatku melebihi keinginanku..rupa-rupanya.. neraca pertimbangan yang aku sukat itu tersilap..seharusnya aku mendampingi bukannya melarikan diri..yaa..kesilapan dari satu keputusan yang tidak tepat..mungkin betul tapi aku merasa ianya kurang tepat..

dan, jikapun aku kembali semula pada keputusan yang telah ku ambil itu, maka ianya tidak akan sama seperti sebelumnya, pasti tidak akan sama..ternyata kebuntuan itu meresahkan..dan semula setelah penelitian yang mendalam..aku harus terus kedepan..melihat dan melangkah..apapun terjadi..ianya telahpun terjadi..maka perasaan sesal itu akan ku jadikan pemangkin untuk lebih kehadapan walaupun aku ini kerugian..sangat-sangat kerugian..kerugian yang merugikan..itulah takdirku..dan aku akan cuba mendekati ia dengan cara yang aku mampu..walaupun keadaan tidak akan sama lagi tapi sekurang-kurangnya..peluang itu masih ada..mungkin itu sahaja yang termampu..

betapa ruginya aku bila peluang bersahabat dengan guru-guruku, tidak aku ambil..
betapa ruginya bila aku menolak tawaran yang boleh mendekatkan aku dengan mereka..
betapa menyesalnya aku bila memberi alasan yang kebudak-budakkan sebagai lesen untuk itu..
betapa menyesalnya bila aku memikirkan ia semula..
betapa aku sangat menyesal, memikirkan keduniaan yang menolak aku..

namun sekurangnya, kesedaran mula berdetik, aku tahu, ini adalah pemulaannya..aku harus bergerak..bersama cita dan doa..mungkin ini ada sebabnya..itu bukan untukku sebab bagiku adalah ini..rahsia Ilahi siapa yang tahu? rahsia diri celanya beribu..wallahua'alam

1 comments:

HusNas said...

chaiyok2~! insyaAllah adala rezeki tu nanti...mane tau next time sbnrnya lbh special dr yg dh terlepas tu? u'll neva know n lets pray :)